Wednesday 25 December 2013

KAU

Kau ,

kau pergi .
kini kau pergi .
pergi .

hati batukah kau ?
keraskah kau ?
tak berfungsi dah ke otak kau ?

aku .
aku tak paham .
begitu mudah kau menyulam cinta dengan teman lain .
begitu mudah kau lupakan aku yg selalu mencintai .
begitu mudah kau beri hati kau kepada insan yang lain .

MUDAH .
tu saja kata yang mampu aku ungkap pada kau .
sengsara . merana . merintih . pedih . sakit .
kau biarkan aku lalui semua tu seorang diri .
kau memang " mudah "

MUDAH .
mudah juga kau suruh aku beri hati aku kepada orang lain .
apa kau ingat hati aku ni batu ?
keras , takkan pecah walau dilontar ,
kau silap . kau dah musnahkan aku .
perlahan - lahan .

Kini . aku pasrah .
aku relakan kau pergi dengannya .
cuma kenanglah aku yg pernah singgah di hati kau .
yang pernah buat kau bahagia .
susah senang tempuh bersama .
tak banyak .
cuma ingat AKU .

Terima kasih mengkhianati cinta aku .
terima kasih .

Buat si Dia yang pernah bertakhta di hati  ;)

Monday 16 December 2013

Luah heart .

Hai tawan-Tawan .

kiteww baruww nuck update bloxx lerkk . erk ?
HAHAH .
siot je taip macam tu .

hmm . Aku nak buat luahan hati nih .
Lately banyak masalah yang datang kat aku nih .
Banyak ujian .
Banyak Cabaran .
Banyak Halangan ,

Aku taktau ape aku dah buat sampai jadi camnih .

Aku harap aku dapat life aku balik .
Kekuatan aku .
Bahagia aku .'
Aku baru bangun dari rehat yang panjang .
Tolonglah jangan sakitkan aku lagi .

Pada manusia yang mmbenci aku . Dengki dengan aku . Sedarlah bahawa aku sebenarnya sayang korang ,
Hargailah aku .
Nanti bila aku dah takde .
Korang nak benci benci lah .'

Sementara masih ade nih . Plis .

Monday 28 October 2013

Benci

Hidup penuh benci . yeaah itu aku sekarang .
aku punya seorang yang sangat aku benci .
benci tahap aku nak bunuh dia .
yeah . itu apa yang aku rasa sekarang .

Aku tak boleh padam memori aku dari ingatkan dia . ya dia yang aku benci .
aku bukan sayang lagi apatah lagi cinta .
aku kalau ingt muka bitch tu .aku penuh dengan dendam.

aku pantang kalau orang menipu aku .
cakap tak tapi ya .
hey bitch . beware of your life . karma will hit u back .
again and again .
i will make sure you takkan pernah rasa happy .
yeah am i bad ? lantak ar . aku memang nak dia hancur .
aku memang nak dia musnah .

yeah . yeah . musnah .

notakuku : jangan buat aku benci . bila aku benci . anything can happen .


Saturday 26 October 2013

Keliru .

Aku berada di ruang kamar yang kosong .

kosong 

kosong 

kiri kanan tetap 

kosong

atas bawah

 kosong

tak tahu mana arah aku nak nampak dunia .

keliru

membatu

mungkin aku akan disini selamanya .

ahh . layan saja .


Notakuku : keliru mana satu jalan yang harus aku pilih . semuanya tampak mungkin bahagia untuk aku .
                  urm . mungkin .


Thursday 17 October 2013

Cara Bercinta

hai hai u olls .

Hari ni aku rajin nak menaip ditemani hujan yang sangat lebat dan angin yang perhh best kot , umm aku nak bukak topik bercinta , kenapa bercinta ? eh suka hati aku lah . 

Actually aku na cerita pengalaman bercinta aku . Aku kalau bercinta memang tahap cinta mati yang ta mati mati lagi sampai sekarang la . teruk punya cinta . Kadang tu jadi gila meroyan ,. jeles tak kena tempat , yea la aku kan gadis memang la camni . Konkong? memang penah aku konkong orang macam aku ni lah maknye . lawak kan ? bodoh betul aku dulu macam lah tu anak aku .

kenapa gadis jadi macam tu  ? haa sebab sayang oke . ulang sekali lagi . SAYANG . tu sebab kau terlalu menonjolkan sayang kau tu kat lelaki tu . yang bedebah laki tu jadi rimas la dengan perangai gadis gadis yang suka fikir teruk teruk macam nak kiamat dah ni . Benda simple suka buat teruk . kalau aku jadi lelaki pun aku sepakkk je pompuan yang serabut nih . ( aku la tu )

cara bercinta kau memang bagai nak mati last last kau yang mati . si lelaki tinggalkan sebab rimas sangat , and selalu gaduh . yea la kau fikir teruk konfem kau gaduh kan . lelaki ni dyeorang tak suka serabut ataupun saintifiknya RENYAH . Bila gaduh dah putus baru la kau fikir balik bodohnya kau sayang lelaki bagai nak rak . rilek rilek dah la .

Nak bercinta cara best korang kena rileks je , ikut je flow . Jangan memilih sangat , kalau ada laki nak kat korang tapi takde spesifikasi korang nak , korang rembat je .. sebab si lelaki tu yang nak kat kau . sayang kau gila . kau  ? tak sangat kan ?konfem nanti kau rileks je .. layan je . lama2 adelah rasa sayang tu . huhu

kita ni kena bercinta dengan orang yang cinta kita . bukan kita cinta orang tu ,. cinta teruk teruk ade dia balas kau beb ? jangan jadi bodoh . diri kau tu berharga oke . so pergi je kat orang yang tau menghargai . Cinta tu boleh dipupuk .  JANGAN JADI BODOH .


haha sekian je untuk entri kali nih .  tak suka ? ni pendapat aku , bukan pendapat kau tolol .

notakuku : hardcorekan hati supaya jangan lembik sangat dengan lelaki nih .

Wednesday 2 October 2013

Patah Tangan .

Hey ada orang tanya macam mana tangan aku boleh recover dengan cepat . so aku nak story arr .

oke kejadian hitam ni berlaku pada 30 june 2013 waktu magrib . aku breakdnce dalam toilet then jatuh .
bangun bangun aku sedar aku nampak bonggol kat tangan aku and guess what ? tangan aku dah ta boleh gerak . aku ingat aku lumpuh . cuak jugak .. then aku expect tangan aku tulang dia lari je , so aku nangis nangis manja then housemate aku yaya comey , sahabatnya nisa dan eryn nuna bawak aku g spital .

sampai DEMC . doktor cakap aku patah teruk patah spiral  kat humerus .then ada pecah pulak kat belakang tuh . so aku kena operate secepat mungkin bubuh besi skru bagai .  pikir punya pkir . nak operate ? aku dapat tentangan ramai . aku takut then dengan slambernya aku decide aku taknak operate . aku pun check out dari wad tu malam tuh jugak . then aku terus pegi dekat bomoh nih . kat si jangkang selangor . dia ta buat apa pun . amik nama aku aja . kena cas 300 .

emm . aku tak prcaya sangat bomoh nih , tapi aku try je la sbb malas operate . aku rilek dengan tangan aku ta bubuh apa . anduh je . selama 2 minggu . siap boleh naik keta dari shah alam ke kedah . sakit pun aku buat tak tau ja .. nak balik duduk dengan mak kan . Sampai kedah . aku still ta buat apa . aku just amalkan baca yasin , sapu air kat tangan . baca doa . macam tu je . aku kira berubat sendiri laaa .  Dah masuk minggu ketiga , aku nak tau progress so aku pegi jumpa doktor . dia cakap tulang aku masuk sikit dah , better then before tapi tapi tapi kena bubuh simen . omg . terpaksa lah aku letak simen .

Jangan cakap ar , memang ta best pon bubuh simen . aku pakai seminggu je then aku buang sendiri sebab aku nak raya , hahaha nak pakai baju raya . kalau letak simen baju mana boleh masuk . kann. ahah . then then then makteh aku suruh aku g jumpa sorang pakcik bomoh patah nih . dekat baling , aku memang malas jumpa bomoh nih . tapi orang tua tua suruh aku pun pegi ar .. dia urut ya Allah , aku boleh tahan lagi , sekali dia tarik MENJERIT aku ! aku macam nak maki pakcik tu , sakit nak mati gila . dia kata seminggu lagi p kat dia balik .

seminggu kemudian . aku tak p langsung dah kat dia , trauma kott . lepas pegi kat dia tangan aku sakit sangat bengkak macam belonnn . kulit aku memang nak pecah . orang tengok pon takut . dia balut pakai bandage and buluh je ... aku memang tak tahan sangat2 . aku g jumpa pakcik lain pulak dekat dengan rumah aku sikit , kawan mak aku rekemen . pakcik ni urut ya Allah best sangat sangat , ta sakit ... then bayaran pun ikhlaskan hati je , tiap tiap minggu aku pegi sana  dia urut best sangat . bengkak aku beransur pulih and tangan aku pon makin ok . and now aku oke dah sikit cuma ada jugak sakit kadang2 .

pantang ? jangan tanya la aku memang ta reti pantang . hari kedua patah aku makan benjo , hari kelima aku makan char kuey teow . haha sampai sekarang aku tak berpantang . Sakit nih kita kena yakin pada Allah yang kita akan sihat , aku banyak amalkan doa je . tulang tu akan bercantum sendiri sebab dia hidup . tapi jangan korang tiru aku pulak . nanti jadi lain pulak , kalau sapa rasa na letak besi letak la .

aku ni jenis nomad . kejab orang ni kejab orang ni , aku just follow cara aku sendri . Alhamdullilah dalam masa 2 bulan setengah je , yang pecah dan bercantum yang patah bercantum jugak sikit . aku dah boleh angkat tangan basuh pinggan bagai .  jalan jalan makan angin naik bas g KL sorang sorang semua boleh . haha  . tapi doktor pesan aku kena jaga jugak , sebab baru na oke je . tulang ni mau setahun baru kuat skit .

sekian lah cerita dari aku , nak detail tanya aku sendri lah . aku penat nak taip . hehe ,

notakuku : aku ni memang jenis hati kering . sakit pun aku buat taktau . apa la nak jadi aku nih . yang penting                  selamat .

Saturday 28 September 2013

BAHAGIA

hey , " BAHAGIA " 


sebenarnya tak susah nak hidup macam ada rama rama dalam perut and bintang bunga bling bling atas kepala . senang saja .  selama beberapa hari ni aku cuba mempositifkan minda aku dengan benda yang positiflah . haha . result dia memang gempak tahap melompat la sebab aku lately ni bahagia saja .

sebenarnya aku tak bahagia sangat pun . aku tengah sakit , rasa dipinggirkan dilupakan and macam macam la . give up pon ada . memang stress sangat sangat sangat . makan pun makin banyak bila stress nih . aku cukup risau la . Then tengah fikir fikir fikir fikir aku teringat kata kata sorang mamat ni kat aku ,  dia cakap benda nih dah lama dah sebab aku dah lama dah ta jumpa dia . tetiba teringat pulak . dia cakap hidup ni sebenarnya simple beb . kau yang men create kan hidup kau . kau yang mencorakkan hidup kau . depend kau la nak letak hitam putih ke kaler maler ke .  so aku decide aku nak hidup aku ni berwarna sikit !
sejak tu . aku pikir positif lah yang aku benci nak fikir aku taknak fikir . aku lupa yang aku ni tengah sakit aku enjoy je memanjang . yalah kawan kawan ramai sentiasa disisi , so chill lah . aku lupakan kisah pahit pahit kcewa ke apa . aku letak tepi aku pikir yang hepi hepi je . kalau aku tengah hepi ni ada orang nak sakitkan hati aku jugak , ikut lah aku orite je sebab aku taknak amik kisah pun .

bila pikir camtu nah . memang aku hepi . hepi sangat . so kepada yang tengah stress ke apa rileks . sure ada jalan kat korang . kalau takde jalan jugak meh bekawan dengan aku , konfem hepi . wakakaka .
kepada mamat yang pernah bg semangat kat aku dulu . iaitu abang H . amacam kau ? aku duduk shah alam tak penah jumpa kau pun .  huhu

notakuku : dalam perut ada rama rama hati pula berbunga bunga . 

Monday 9 September 2013

bosan

makantidomakantidomakantido.
sampai debab badan aku .
dua aktiviti itu kah yang aku selalu praktikkan sejak aku sakit nih.
makan dan tido.

ada time ada membe yang baik hati . keluar jugaklah aku lepak lepak shoping bagai even tangan aku ni sakit ya amat . orang dulu dulu cakap rilek der chill saja .

aku rindu nak ride scooter aku petang petang amik angin . g makan bihun sup ka . lepak ka . jenis aku suka melawt kawan kawan
now sakit aku duduk senyap kat rumah . settle .

yang aku nak tau sangat sekarang keadaan babyscoot aku kat shah alam tu . alahai rindu nya kat dia .
bila pulak aku boleh ride ko baby . baby rindu aku tak baby ?
aku nak duduk kedah ni lama lama boleh . tapi otak aku ni pikir banyak sungguh . baby baby aku kat sana macam mana ? babydomo aku babylemari aku bagai .

kawan kawan aku pun busy pulak  nak tengokkan babybaby aku tuh . kesian depaa .
 grrrrrrr
 memang hati memberontak sangat dah ni . aku ni bukan jenis penyabar sangat orangnya .betul tak tipu . tapi bila da sakit camni . kau tanak sabar pun kau terpaksa jugak . apa kau ingat patah tangan tu macam demam comel comel ke ? kau patah hari ni esok lusa kau boleh lompat tinggi tinggi . siap bole breakdance lagi . haaha . kalau gitu patah tiap bulan pun aku rilekk ja .

dah masuk dua bulan dah aku sakit . yeah i feel more better now tapi ta boleh lompat lagi . so lagi dua bulan akan datang nantikan kemunculan aku yang debab bertambah debab .

mesti comel kan ? ahaks . macam doremon gituu . haaaa .

nak layan nescafe dengan roti meri jab .

Friday 6 September 2013

Mark Adam Pencuri lirik

Mark Adam-Pencuri

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung 
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu 
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga 
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu 
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu 
Aku suka kamu

Wednesday 4 September 2013

berfikir .

malam ini
hujan lebat diiringi background music radioactive by imagine dragons.
aku menatap laptop yang rasanya dah borin dengan aku .
aku tengok dia dia tengok aku .

bosan sebenarnya.
aku banyak berfikir .
berfikir benda yang tak pasti .
fikir benda yang lepas dan masa depan .

aku taktau apa yang akan jadi dengan aku nanti
adakah akan berada atas landasan yang betul atau tak
aku rasa aku dah banyak kali mati
banyak kali jugak hidup
tapi aku ta rasa kehidupan hakiki aku
aku rasa aku hidup ni macam main main ja .

entah lah , otak aku makin serabut
lama lama kang kena lak strok
dah la aku dengan penyakit ni rapat gila

apapun aku harap aku cepat sembuh dari sakit yang sekarang ni .
bukan aku ta enjoy nikmat sakit nih .
tapi aku nak cari punca cahaya kehidupan aku .
aku dah pernah niat nak putus asa
nasib otak aku ni ta ikut hati aku .
ya la ikut hati mati kan ,

apapun aku nak cari kehidupan aku .
aku nak hidup aku balik ,
aku akan berjuang sampai aku puas hidup .

amin .

Monday 2 September 2013

perut burger .

hai readers ,
ada readers ka aku nih ?
its ok . abaikan . malam ni mata aku memang buat hal sangat sangat .
susah nak tido , setelah aku belai , aku garu mata aku still susah tido .
perut burger ?

perut burger tu adalah singkatan untuk perut berlipat .
wa cakap lu perut wa memang dah jadi burger dah .
aku tak mintak jadi camni .
memang sedih sial tengok perut sendiri .

aku nak jadikan perut aku ni jadi normal balik ,
tapi aku buntu membatu  .
asyik nak makan ja .
aku harap aku tergolong dalam kumpulan manusia yang
makan banyak , tapi perut best gila mantain slim .
korang punya kilang buat lemak bankrup ke ?
makan macam hantu raya tapi chill ja .

kalau aku tergolong dalam golongan tu memang bersyukur nak pengsan menangis semua lah  .
bermakna gila hidup bila aku boleh makan sesuka hati .


bagi tips supaya aku jadi camtu . pastu aku belanja korang makan mcd . . janji ! . haha .

malam ni tido mengenangkan perut yang jadi burger comel dah . damn !

Sunday 1 September 2013

hujan.

hujan lebat .
lebat mencurah -curah.
hebat bunyi yang gah .

disaat aku keseorangan .
cuaca yang gelap .
dalam rumah pun gelap .
memang melemahkan jantung aku.
sebab aku ni penakut .

benda yang takda pun disangka ada .
oh tuhan . hilangkanlah ketakutan itu .

gantikan perasaan takut ni dengan hepi . yeay !
eh jab , tapi aku nak hepi sebab apa ?
sorang sorang pulak tu .
argh , kembali takut , urm ..


bermonolog sendirian .

Friday 30 August 2013

buka buku baru

Buka Buku Baru .

maksudnya buka blog baru la .
blog aku yang dulu dah lupa pasword .
haha .

memori aku betul-betul tak berapa stabil .
merangkak nak buat blog balik .

malam ni malam merdeka .
merdeka !
orang kluar , aku ngadap laptop .

lebiu buku baru yang serabut