Thursday 18 December 2014

Al-Fateh steamboat and Grill Review

Assalamualaikum .

Ha kali ni tergerak hati aku nak tulis review pasal Steamboat Al Fateh nih , steamboat ni terletak ni Kampung Jawa Klang . Satu kepala rm21.90 makan sampai lebam tapi jangan membazir . Memang best ramai  and banyak gila plihan yang boleh korang pilih kat situ .

Aku pegi makan dengan roomate aku zaty , emma and hanim . Pasa Asalnya memang tak plan tapi memandangkan semua orang lapar and free aku pegi je , First aku ingatkan restoran ni kat padang jawa sek 7 tu sebab aku ni kan bukan lah orang sini .. Ingat nak main redah je pegi tapi sebab perasaan was was aku ni aku mesej owner dia dulu minta location . Ha bole  whatsupp bos dia lagi ....  Dh bagi location ikut lah aku dengan penuh fokus , mak ai jauh and pedalaman jugak tempat dia .. 

Aku macam sure tak sure je , tengok tengok mak aii besarnya restoran , and ramainyaaa and banyaknya keretaaaaaa , tempat terpencil kalau dah ramai gitu pastinya sedap lah! kan . 
Kat sini banyak pilihan bahan korang nak menyeamboat , sayurrr , sotong udang kepah kerang bla bla bla memang banyak , ada sos macam macam sos then ada juga kuih muih mee goren bla bla bla and pastinya aiskrim yang sedap !





Nampak tak keseronokan kami berempat makan makan makan sampai aku ta lrat ulang g amik hahaha . and kuah tomyam sini semua boleh refill tau so kuah kering ke apa ke dont worry , pekerja dia semua cepat ,menjalankan tugas , takde curi tulang semuanya . So aku bagi 5 bintang lah  , nak makan steamboat puas puas aku suggest kan makan kat sini . konfirm puas hati . 

Nak tau apa apa klik SINI
Malas klik situ ? ha call je bos dia : 017-630 0965

sekian terima kasih .

Tuesday 2 December 2014

Lelaki

Lelaki .
aku tulis ni bukan nak kondem lelaki ke apa , cuma nak saja lah terfikir ,  Kau rasa ada lagi ke laki yang tulus dan telus dengan kita ni ?
entah lah bukan takda orang nak try , ramai je nak try tapi hati aku ni tetap tak percayakan lelaki  aku jadi macam takda RASA ,  bukannya aku ni mencintai hubungan kaum sejenis tapi memang takda rasa tu . Nampak lah masa depan aku nak jadi andartu tu memang cerah lah haha .

Tapi
Kali ni aku cuba , aku cuba bagi hati aku kat seorang insan . seorang lelaki yang aku rasa boleh dibuat melawak gelak guling guling bersama dan yang penting boleh lead aku ke jalan yang lurus lagi takda belok belok ,

Aku harap .
Pilihan kali ni bijak .
Aku harap .
aku boleh pergi jauh dengan yang ini

Awak cuba lembutkan hati saya yang keras ni .
cuba kan lah jaga jangan bagi ia jadi batu semula .
sebab kalau dah jadi batu memang batulah selamanya .

saya percaya awak tu ja . sekian ;)


Monday 2 June 2014

MATI

 ya mati , 
 tak nampak lagikah apa yang Allah tunjukkan kat kau ?
 Allah bagi peringatan kat kau , 
selalu .
tapi kau masih alpa . kenapa ?

setiap tahun .
selalu .
bukan jarang . selalu .
Allah tarik nyawa sahabat sahabat kau .

sebab apa ? 
Allah sayang mereka . tapi .
nak ingatkan kau jugak !
kau sangat alpa . sangat leka .
kau ingat kau kat dunia selama-lamanya ka ?

kau fikir .
nak kaya .
nak kawen .
nak cantik . 
mati ada kau fikir ?
sedarlah . tolonglah . 
esok kalau esok masa kau ?
sesal tak da guna sayang . 

yea sayang ? mati tu makin lama makin hampir , bukan makin jauh . ;)
.
notakuku : Nukilan ini khas untuk aku . aku yang sering terleka dek dunia yang fana nih . Al-Fatihah untuk sahabat aku yang telah pergi meninggalkan aku .

.
Nur Ameera bt Othman    2012 
Mohd izuwan Bin Othman 2013
Siti Solehah Bt Fadzil        2014

Wednesday 28 May 2014

aku kembali

ya aku kembali .
kembali nak menulis blog yang bersarang dek labah labah amazon dah ni .
aku pun taktau asal aku busy gila sangat . ala kalau tak update pun ade ke orang na baca blog aku ni eh ? 
haha . aku menulis bukan untuk gilakan pembaca . aku cuma nak berkarya or melepaskan sumtin dalam hati nih .
Bukannya apa , kalau aku lepas kat realiti silap silap ada je nak bergaduh nan aku nanti . so baik lah kat sini yea .
aku nitengah serabut dengan orang orang sekeliling aku nih , suka sangat nak cari pasal dengan aku . aku nih dah la lembut cantik pulak tuh ,eh ? HAHA . aku ni bole je nak bgaduh tapi aku dah pencen lama kot gaduh2 nih .
lantak la kan ? hidup aku aku punya hal lah . aku dah malas nak fikir nak semakkan kepala hotak aku dengan masalah yang bukannya masalah pun . benda tu kalau kita letak tepi then ok lah kita yea nok ? 
emm . aku sekarang tengah cuti sem , degree aku dah masuk sem 6 dah . so next sem aku amik subjek yang agak rare lah bagi seorang wanita yang agak malas macam aku nih .
web design
3d design
teather
interactive media
learning skill
Brand Identiti
English for occupational purpose 
7 subjek ? barai aku sem depan . ape pun aku kena hadap jugak ! .. aku nak habiskan degree ni cepat cepat . then aku nak kawen . haaaa . banyak benda aku nak pikir ni ,mana nak study . mana nak cari duit kawen lagi . adeyai . doakan aku berjaya uolls ! .. 

eh eh , aku ade buat freelance photo tau ? like fb page aku The cekodok insta thecekodoks . servis tiptop plus harga ok ok je . 
.
;D


Friday 7 March 2014

BERUBAH

cinta .
aku takut sebenarnya dengan cinta ni .
ada apa dengan cinta ?

ya .
sekarang memang aku tengah bercinta .
bercinta dengan seseorang yang bakal
membimbing aku .

dia baik .
dia tegas .
dia penyayang .
cukup semua sifat yang aku nak .

tapi tapi tapi .
apa betulkah cinta ni akan kekal ?
adakah manusia yg rasa cintanya makin bertambah sampai tua ?
ada ?

aku harap ada .
ya la , manusia boleh berubah .

ya . BERUBAH .

Thursday 27 February 2014

Buat Arjuna .

Buat Sang Arjuna . Kekasih dambaan hati .

Kau cukup sempurna .
sempurna di mata indahku .
cuma
aku tidak terlalu mempamerkan
betapa
bahagianya aku di sisi kamu .

Aku sayang .
Aku cinta .
cuma
aku tidak mahu kesilapan aku yang dulu
berulang kembali .

fizikal aku terlalu biasa
walhal
mental aku .
menginginkan kau lebih dari segalanya .
terima kasih Sang Arjuna .

Terima kasih kerna muncul di kala aku buta .
cukup dengan cahaya darimu .
membuatkan aku celik semahunya .

p/s : wahai pemerhati , ta perlulah tahu siapa arjuna hatiku . kerna nanti bila masanya tiba . kau kan tahu juga .


Monday 6 January 2014

kepalsuan

Dulu .
sering kali kau nyatakan diri aku ni palsu .
aku menafikan .
tetap kau kata palsu .

Sekarang .
Kau lebih palsu dari aku.

jangan bercakap kalau kau ta boleh pastikan .
kau lelaki .
mana mungkin kau menolak rezeki depan mata ?

Aku pasti kau dengan dia .
sekarang aku lebih pasti kau bersama dia .

kau aku sudah berbeza .
ada jurang yang luas di antara kita .
tidak sebagai kawan .
tidak pula sebagai musuh .

aku relakan kau pergi .
aku relakan kau dengan dia .
cuma satu .
berhentilah jadi

PALSU .

sebab itu masih menyakitkan aku .